Saturday, January 29, 2011

Top martial arts that you should know Part 2

..sambungan dari entri yang lepas part 1...
#Silat

Bagi rakyat Malaysia terutamanya yang berbangsa Melayu memang tidak asing lagi bagi mereka dengan seni beladiri ini, namun tidak semua bangsa melayu pada zaman sekarang mengamalkan seni beladiri ini, pada sesetengah masyarakat melayu, beladiri ini dianggap sudah tidak sesuai diamalkan pada zaman moden ini dan hanya mereka yang benar-benar berminat dan ingin memahami rahsia silat yang mengamalkan beladiri ini dengan sepenuh hati. Suatu masa dahulu para pesilat amat digeruni dan bukan semua mereka boleh digelar pendekar, para pendekar inilah yang telah mempertahankan tanah tercinta orang Melayu. Pada masa sekarang masih terdapat para pesilat yang boleh digelar pendekar tetapi mereka masih memencilkan diri di pedalaman kampung dan tidak mahu campur tangan dengan urusan silat sekarang yang semakin berunsur politik semata-mata. Nama- nama besar para pendekar silam masih kekal dalam ingatan mereka seperti Hang Tuah lima bersaudara, Adiputra, Mat kilau, Dato' Bahaman, Panglima Hitam dan banyak lagi, mereka ini berjuang demi mempertahankan negara.

Tokoh Silat yang dikenali pada zaman selepas mereka ialah Dato' Meor Abdul Rahman, Datuk Haji Omardin bin Mauju,  Syed Abdul Rahman, Ustaz Hanafi, Tn. Haji Abdul Rahman bin Wahab, Raja Aziz dan banyak lagi yang telah banyak berjasa kepada negara. Antara semua yang paling menyerlah semasa zaman mereka ialah Dato' Meor Abdul Rahman iaitu pengasas silat seni gayung. Beliau amat dihormati dan telah berjaya memartabatkan seni silat di mata dunia dengan mengalahkan ramai tokoh dari serata dunia dengan mudah.
Selain itu tokoh silat bukan hanya terdapat di Malaysia namun di Indonesia juga terdapat ramai tokoh-tokoh yang dihormati dan disegani seperti Dicky Dzulkarnain yang dikatakan pernah bertarung dengan tokoh legenda China Bruce Lee, namun keputusan perlawanan antara mereka masih tidak dapat disahkan sehinggalah sekarang.

datuk omardin mauju

aksi pesilat seperti helang 

datuk omardin mauju

Dato' Meor Abdul Rahman- pada waktu ini berumur 70an, masih tegap dan berotot

Dato' Meor Abdul Rahman pada zaman mudanya

Datuk Omardin Mauju 
aksi pesilat dari kegayungan helang putih

Raja Aziz laksamana hoja andak
Setakat sini sahaja untuk bahagian ini, Part 3 akan bersambung kemudian...diharap seni beladiri Silat ini akan terus unggul di mata dunia, seperti mana amanah Idola saya iaitu Dato' Meor Abdul Rahman;
 jangan di tepuk susu di dulang
anak harimau tak dapat menyusu
jangan di pecah rahsia hulu balang
nanti harimau hilang kuku

jangan di tepuk darah di dulang
anak harimau mencari ibu
jangan di pecah mantera hulu balang
nanti harimau hilang asu

jikalau ada dulang di tangan
jangan biar jatuh terhempas
jikalau ada senjata di tangan
jangan biar orang rampas

pecah gayong di dalam dulang
dulang hanyut di lautan tujuh
pecah gayong perpecahan sayang
di suatu masa balek berpadu teguh


No comments:

Post a Comment