Saturday, January 29, 2011

Top martial arts that you should know Part 2

..sambungan dari entri yang lepas part 1...
#Silat

Bagi rakyat Malaysia terutamanya yang berbangsa Melayu memang tidak asing lagi bagi mereka dengan seni beladiri ini, namun tidak semua bangsa melayu pada zaman sekarang mengamalkan seni beladiri ini, pada sesetengah masyarakat melayu, beladiri ini dianggap sudah tidak sesuai diamalkan pada zaman moden ini dan hanya mereka yang benar-benar berminat dan ingin memahami rahsia silat yang mengamalkan beladiri ini dengan sepenuh hati. Suatu masa dahulu para pesilat amat digeruni dan bukan semua mereka boleh digelar pendekar, para pendekar inilah yang telah mempertahankan tanah tercinta orang Melayu. Pada masa sekarang masih terdapat para pesilat yang boleh digelar pendekar tetapi mereka masih memencilkan diri di pedalaman kampung dan tidak mahu campur tangan dengan urusan silat sekarang yang semakin berunsur politik semata-mata. Nama- nama besar para pendekar silam masih kekal dalam ingatan mereka seperti Hang Tuah lima bersaudara, Adiputra, Mat kilau, Dato' Bahaman, Panglima Hitam dan banyak lagi, mereka ini berjuang demi mempertahankan negara.

Tokoh Silat yang dikenali pada zaman selepas mereka ialah Dato' Meor Abdul Rahman, Datuk Haji Omardin bin Mauju,  Syed Abdul Rahman, Ustaz Hanafi, Tn. Haji Abdul Rahman bin Wahab, Raja Aziz dan banyak lagi yang telah banyak berjasa kepada negara. Antara semua yang paling menyerlah semasa zaman mereka ialah Dato' Meor Abdul Rahman iaitu pengasas silat seni gayung. Beliau amat dihormati dan telah berjaya memartabatkan seni silat di mata dunia dengan mengalahkan ramai tokoh dari serata dunia dengan mudah.
Selain itu tokoh silat bukan hanya terdapat di Malaysia namun di Indonesia juga terdapat ramai tokoh-tokoh yang dihormati dan disegani seperti Dicky Dzulkarnain yang dikatakan pernah bertarung dengan tokoh legenda China Bruce Lee, namun keputusan perlawanan antara mereka masih tidak dapat disahkan sehinggalah sekarang.

datuk omardin mauju

aksi pesilat seperti helang 

datuk omardin mauju

Dato' Meor Abdul Rahman- pada waktu ini berumur 70an, masih tegap dan berotot

Dato' Meor Abdul Rahman pada zaman mudanya

Datuk Omardin Mauju 
aksi pesilat dari kegayungan helang putih

Raja Aziz laksamana hoja andak
Setakat sini sahaja untuk bahagian ini, Part 3 akan bersambung kemudian...diharap seni beladiri Silat ini akan terus unggul di mata dunia, seperti mana amanah Idola saya iaitu Dato' Meor Abdul Rahman;
 jangan di tepuk susu di dulang
anak harimau tak dapat menyusu
jangan di pecah rahsia hulu balang
nanti harimau hilang kuku

jangan di tepuk darah di dulang
anak harimau mencari ibu
jangan di pecah mantera hulu balang
nanti harimau hilang asu

jikalau ada dulang di tangan
jangan biar jatuh terhempas
jikalau ada senjata di tangan
jangan biar orang rampas

pecah gayong di dalam dulang
dulang hanyut di lautan tujuh
pecah gayong perpecahan sayang
di suatu masa balek berpadu teguh


Tuesday, January 4, 2011

Top martial arts that you should know Part 1

  

      Dalam entri kali ni aku nak perkenalkan aliran seni beladiri yang wajib bagi para penggemar seni beladiri ketahui.. ni berdasarkan pandangan dan sedikit kajian yang aku jalankan.. Bukan saja popular tapi aliran seni beladiri yang aku nak tunjukkan ni mempunyai kelebihan2 yang tersendiri.. senarai ni tak mengikut turutan, semua jenis beladiri ni mempunyai kelebihan yang tersendiri.




#Karate 
Seni beladiri yang berkembang melalui Pulau Ryukku yang sekarang ni digelar Okinawa di Japan ini merupakan seni beladiri yang mengamalkan disiplin yang tinggi dalam latihan dan kaedah dalam mempelajarinya. Pengamal karate digelar karateka. Ramai juara MMA (Mixed Martial Arts) sekarang mempelajari karate. Dalam UFC (Ultimate Fighting Championship) juga ramai juara-juara yang menggunakan karate sebagai seni beladiri utama mereka. Seni karate menggabungkan teknik menyerang, menangkap dan mengunci pihak lawan secara pantas. Gichin Funakoshi merupakan pengasas Shotokan Karate yang dianggap aliran karate moden. Aliran ini telah berkembang ke serata dunia termasuk di Malaysia sekarang.

Gichin Funakoshi




manuskrip karate



# Muay Thai
Ini adalah antara seni beladiri yang terkenal pada masa sekarang, mungkin disebabkan kejayaan atlit-atlit Muay Thai ni dalam UFC ataupun populariti dari filem-filem mereka yang semakin meningkat naik. Pada masa sekarang beladiri ini bukan saja dikenali sebagai seni beladiri semata-mata tetapi lebih dikenali sebagai sukan lasak yang terkenal dan menjadi tumpuan dunia. Di negara kita, Muay Thai lebih dikenali sebagai tomoi ataupun silat tomoi di sesetengah tempat. Di Malaysia, seni beladiri yang digelar oleh masyarakat barat sebagai 'Arts of Eight Limbs' ini amat terkenal di bahagian Utara tanahair. Pengamal seni beladiri ini di sesetengah tempat digelar sebagai 'nak muay'. Aktor popular Thailand, Tony Jaa merupakan ikon beladiri ini di seluruh dunia. Martial Artist yang menjadikan pentas lakonan sebagai cara mengembangkan seni ini kepada masyarakat termasuk barat. Seni ini telah mempunyai sejarah selama beribu tahun dan dikatakan muay thai berasal dari seni beladiri kuno iaitu Muay Boran. Krabi krabong dikatakan senjata yang digunakan dalam muay boran dan muay thai.  Muay thai juga digelar sebagai boxing thai. 

Krabi Krabong

teknik dalam Muay Boran



Tony Jaa









Note- akan bersambung part 2. segala image adalah dari google. Info adalah hasil dari sedikit kajian oleh penulis, diharap segala kesilapan diperbetulkan secara ilmiah. Bahasa yang digunakan oleh penulis adalah secara santai dan mudah difahami.



Selamat Datang

     Ok, selamat datang ke blog seni kebal masterx.. sebelum korang bersangka apa2 baik aku terangkan apa maksud title blog ni dan isi2 yang akan datang dalam blog ni... macam biasa aku tamau ulas panjang2.. simple je.. blog ni tak ada kena mengena pun dengan ilmu kebal, aku pun tak tau nak ajar korang ilmu kebal macam mana, hee, tapi aku nak kongsikan dengan korang semua tentang info2 seni yang agak kasar.. yeahh, tak lain dan tak bukan ialah seni mempertahankan diri atau dalam bahasa omputih martial art.. pelbagai info aku akan kongsi gelap dengan korang.. info dari dalam ataupun luar negara pendek kata 1 dunia ni lah.. maklumlah dalam dunia ni banyak sangat aliran seni mempertahankan diri ni.. pasti ada yang berguna untuk kita semua..
Ok.. enjoyyy..